Monday, July 21, 2008

Hanya ada d Egypt





10 sikap agar hidup tetap bahagia

10 Sikap Agar Hidup Tetap Bahagia

1.Janganlah bimbang.
- Kebimbangan adalah penyebab aktiviti dan fikiran kita tidak produktif.

2.Jangan membiarkan ketakutan yang tidak beralasan menguasai hidupmu.
- Kebanyakan sesuatu yang kita takutkan tidak pernah terjadi.

3.Jangan menyimpan dendam!
- Hal inilah yang paling besar dan paling penghalang seluruh hidup kita.

4.Selesaikan setiap masalah satu persatu
- Hanya inilah cara menangani setiap persoalan,satu demi satu.

5.Semua masalah tidak perlu di bawa tidur
- Hal tersebut buruk dan tidak sihat,biasakanlah tidur dengan nyaman dan nyenyak.

6.Jangan mencampuri masalah / urusan orang lain
- Mereka memiliki cara sendiri untuk menangani setiap masalah.

7.Jangan hidup pada kenangan silam!
- Nikmatilah masa lalu sebagai kenangan,namun jangan bergantung padanya.Konsentrasilah hidupmu pada kejadian ketika ini dan akan bahagia sekarang,bukan hanya pada kenangan silam.

8.Jadilah pandangan yang baik
-Hanya saat menjadi pendengar seseorang mendapat dan belajar idea-idea baru yang berbeza dari orang lain.

9.Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu
- Kasihanilah dirimu lebih dari segalanya. Aktiflah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.

10.Hitunglah rahmat Allah s.w.t
- Jangan pernah melupakan rahmat Allah s.w.t yang kita terima sekecil apapun,semakin banyak rahmat kecil yang kita kumpulkan akan semakin bererti bagi hidup kita.

Sunday, July 20, 2008

BANK CONDONG PERTAMA DI MALAYSIA

Islam Dan Kad Kredit

JIKA dulu agak sukar untuk memiliki kad kredit, tetapi kini ia lebih mudah, sekali gus memberikan peluang kepada lebih ramai orang menggunakan kemudahan itu dalam mengu ruskan kehidupan seharian.

Penggunaan kad kredit secara umumnya ada beberapa manfaat seperti dapat mengelak daripada membawa wang tunai dalam jumlah banyak dan melakukan transaksi jual beli barang atau perkhidmatan di Internet yang sememangnya lebih mudah.

Kad kredit dalam lain perkataan yang lebih mudah difahami ialah sejenis kad hutang yang diberikan institusi seperti bank kepada pengguna untuk digunakan dalam sesuatu urusan seperti jual beli barang dan perkhidmatan yang menerima kad terbabit dengan sistem atau syarat tertentu.

Lazimnya, penggunaan kad kredit membenarkan pengguna untuk "memusing" bakinya dengan kos kadar faedah yang dikenakan.

Penggunaan kad kredit dikatakan bermula dari Barat. Malah, konsep penggunaan kad untuk pembelian ada di gambarkan pada 1887 oleh Edward Bellamy dalam novel Looking Backward.

Bellamy menggunakan perkataan kad kredit lapan kali dalam novel ini.

Namun, kad kredit mula digunakan pada 1920-an di Amerika Syarikat, khususnya untuk penjualan minyak kepada sejumlah besar pengguna kenderaan.

Pada 1938, beberapa syarikat mula menerima kad masing-masing.

Begitupun, konsep pembayaran yang lebih baik menggunakan kad seperti itu direka pada 1950 oleh Ralph Schneider dan Frank X McNamara dalam usaha menggabungkan penggunaan pelbagai kad.

Kini, penggunaan kad kredit bukan hanya terbatas di Amerika Syarikat dan negaraN Barat, malah seluruh dunia, termasuk negara dihuni majoriti masyarakat Muslim.

Mekanisme penggunaan juga sudah meluas, membabitkan sebahagian besar lapangan kehidupan, malah dalam sesetengah kes penggunaan kad kredit diutamakan, berbanding wang tunai dan jangan terkejut jika ada premis yang tidak mahu menerima wang tunai.

Jika demikian, apakah pandangan Islam terhadap penggunaannya, adakah ia sesuai untuk digunakan selepas mendapati beberapa manfaat dan kelebihan daripadanya atau perlu dielak kerana ia bukan produk yang berasal dari dunia Islam?

Bekas Presiden Persatuan Islam Amerika Utara, Dr Mu zammil Siddiqi ada menegaskan penggunaan kad kredit seperti menggunakan sistem perbankan moden.

"Kebanyakan bank berdasarkan faedah dan Muslim terpaksa menggunakannya kerana tidak dapat memperoleh bank yang tiada caj faedah. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank terbabit tanpa terbabit dalam faedah.

"Dibenarkan untuk menggunakan kad kredit tanpa terbabit dalam riba. Kad kredit adalah satu kemudahan. Ia membantu kita untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan, tanpa membawa terlalu banyak wang tunai.

"Kad ini sekarang sudah digunakan dunia sejagat, malah di negara Muslim. Syarikat kad menjana wang daripada yuran tahunan dan komisen.

"Sesetengah syarikat memberikan kad kredit bebas yuran tahunan kerana mereka menjangkakan dapat mengumpulkan faedah yang akan dikenakan kepada pengguna kad, dibayar mengikut kadar baki.

"Bagaimanapun, seseorang tidak perlu membayar faedah jika dia dapat membayar bil sepenuhnya pada masa di tetapkan," katanya sambil menegaskan haram sama sekali membayar faedah.

Katanya, jika seseorang menggunakan kad itu untuk meminjam wang atas kadar faedah tertentu atau untuk tujuan pembelian terhadap sesuatu yang tidak mampu dibayar pada masa ditetapkan, ia terbabit dalam riba yang diharamkan Islam.

Ternyata aspek riba menjadi penentu hukum kepada penggunaan kad kredit, sama ada diharuskan atau tidak.

Kad kredit yang mengandungi unsur riba seperti dalam kes pengguna tidak diwajibkan melangsaikan kos guna secara keseluruhan selepas mendapat bil penyata, malah dibenarkan membayar nisbah kecil, manakala bakinya pengguna diberi pilihan melangsaikannya dalam tempoh diberi atau dibiarkan, dengan caj faedah daripada jumlah bil tertangguh.

Sama juga dalam kes kad yang membenarkan penggunanya berbelanja sebanyak mana selagi dalam kadar dibenarkan dan hanya perlu membayar nisbah kecil daripada bil dengan kadar faedah dikenakan atas baki penggunaan yang tertangguh selepas melepasi tempoh percuma.

Riba adalah jelas haram dalam Islam, sebagaimana di jelaskan al-Quran, maksudnya:
"...padahal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang sampai peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti, maka baginya apa yang diambilnya dahulu dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (al-Baqarah:275)

Dalam ayat 278 surah yang sama bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut), jika benar kamu orang yang beriman."

Berdalilkan ayat itu, Dr Abdullah al-Faqih melalui Islamweb menegaskan: "Sekiranya kad kredit mengandungi riba penggunaannya adalah haram, kerana semua jenis riba dan faedah, kecil atau besar adalah dilarang."

Menurutnya, walaupun kad kredit (berunsur riba) untuk urusan perniagaan, ia tidak menjadikannya halal.

Malah, dalam keadaan terpaksa penggunaannya, ia tidak mengubah hukumnya.

Pensyarah Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dipetik berkata, dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat riba, tetapi dia berazam sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum dikenakan riba, Kesatuan Fiqah Antarabangsa OIC dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23 hingga 28 September 2000 memfatwakan sebagai tidak harus, terutama ketika kewujudan kad kredit Islam.

"Bagaimanapun, ketetapan pada persidangan sama juga mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tidak meletakkan syarat faedah atau riba dalam kontraknya. Namun, dengan syarat mesti melangsaikan jumlah penggunaan sebelum dikenakan faedah riba," katanya.

PISANG APA NI?????

Kebesaran Allah untuk renungan bersama



Friday, July 18, 2008

Kebesaran Allah

KEBESARAN ALLAH DAN KEJADIAN PELIK

Kisah 1: Penganut Hindu pikul KAVADI yang berat dengan mudah. Selepas membaca mantra mantra, ia mula macam tak sedarkan diri, kulit badan boleh dicucuk dengan paku atau kayu, tak rasa sakit pun. Kemudian dibinakan satu kavadi atau apa benda pelik untuk dipikul waktu berarak dijalan. Mereka berbuat demikian sebagai penebus dosa atau nazar. Pelik tetapi tidak menepati syariat Allah, sudah tentu tidak betul disisi agama Allah. Sebenarnya mereka gunakan khidmat jin yang menunjukkan kehebatan mengatasi kesakitan dan angkat berat

Kisah 2: Penganut agama tradisional Cina boleh jalan diatas bara api yang panas menyala. Mula2 mereka menyeru nama jin jin di tokong mereka, kemudian jadi merasok atau ”menurun”, dalam masa itu mereka beramai ramai jalan diatas bara api yang panas tanpa kasut sepanjang 10 – 20 kaki jauhnya, tanpa rasa sakit dan tidak sedikit pun terbakar tapak kaki atau pakaian mereka, Mereka berbuat demikian pun sebagai penebus dosa atau nazar. Nampak hebat dari segi kemampun manusia, mereka juga gunakan jin untuk lakukan perkara pelik, sedangkan bagi jin pekara itu biasa saja. Malangnya manusia yang kurang beriman pada agama Allah, yakin agama puja jin mereka sebagai benar

Kisah 3: Bedah badan manusia tanpa bius dan rawatan yang pelik oleh dukun atau faith healer. Pengamal boleh jadi orang Islam, Kristian, atau lain agama, kerana ia boleh dipelajari. Perawat ini akan baca2, seru dan puja/selawat pada wali/ roh/saint tertentu. Sebentar itu ia gunakan pisau blade atau pisau dapur saja, bedah anggota pesakit dan keluarkan tisu yang sakit, kemudian kulit ditutupi dengan plaster, beberapa hari kemudian dah sembuh. Nampak hebat, doktor pakar bedah sendiri pun akui, dan tak boleh buat begitu. Bagi penganut Islam gunakan khidmat demikian adalah haram, kerana ada masaalah syirik. Mereka gunakan khidmat jin khadam

Kisah 4: Kisah ini termaktub dalam kitab dan sangat masyhor dizaman dahulu. Kisah seoarang wali sufi bernama Basisah, dia ada ramai anak murid dan pengikutnya, anak murid yang amalkan ilmunya boleh terbang diudara (levitation) dan pergi tempat tempat jauh dalam masa yang cepat. Akhir waktu kematiannya ia ditipu oleh iblis, dan mati murtad. (Para ustaz yang arif sila berikan kitab rujukan, di zaman mana dan di negara mana, ada blog dan site mana yang ceritakan kisah ini secara detail??)

Oleh itu perbuatan luar tabii dan yang pelik2 yang bukan mukjizat atau karamat, dan tidak berdasarkan perintah Allah dan Sunnah Rasul, maka kita jangan sebarang yakin, kerana mungkin akan menjerumuskan diri dalam perkara syirik dan menafikan agama Allah. Merasa kagum akan amalan yang pelik sebenarnya tidak membesarkan Allah, tetapi hanya membesarkan makhlok, (wali, jin, iblis, dukun, paderi, agama batil). Mereka yang terlibat dalam perkara pelik adalah dari gulungan yang walaupun sedikit sahaja menyimpang dari ajaran Quran dan Sunnah, saperti tidak jaga solah berjemaah, tidak ambil tanggung-jawab dakwah agama, amalkan bidaah setiap hari (simpan misai cukur janggut tanpa uzur, jubah labuh sapu lantai, zikir dan doa bukan cara yang Nabi / sahabat amalkan), percaya ilmu agama yang Nabi tak pernah ajar, berpegang pada hadith palsu, memuja dan menyeru pada jin dan roh. Maka hasil perbuatan mereka walaupun ajaib dan hebat, tetapi kita patut berwaspada kerana semua itu mungkin tipu daya iblis. Senjata Iblis yang paling berkesan sesatkan manusia ialah melalui amalan mengujudan simpangan dari agama yang benar. Ramai antara nabi palsu dan wali palsu, dari kalangan orang Islam dan yang bukan Islam, mereka ada beberapa kebolehan yang ajaib yang menarik keyakinan pengikut dan pemuja yang ramai. (Contoh Sai Baba, beberapa paderi Kristian dari Amerika, saperti Billy Graham, sami2 dari Thailand dan Taiwan, beberapa orang Islam dizaman dahulu dan sekarang ini yang terkenal, jumlah mereka adalah beribu dan pengikut mereka berbillion, semua menjadi mangsa pada mastermind yang telah dan akan rancangkan berbagai jalan2 kesesatan sejak zaman Adam hingga hari kiamat, yakni Iblis)

Kisah keramat pula adalah kurniaan Allah pada kalangan orang Islam, yang bukan nabi, yang tidak tahu pun perkara ajaib telah berlaku, sedangkan orang lain yang nampak rasa kagum. Mereka diberikan kurniaan ini semasa menjalani misi agama, sedang diri mereka sentiasa dalam keadaan taat pada perintah Allah dan berpegang pada sunnah rasul. Mereka tidak pernah memohon untuk pamirkan apa jenis kehebatan pun semasa dalam usaha yang biasanya untuk kepentingan agama sahaja.

Contoh:
300 sahabat waktu dijalan Allah, dapat makan ikan ambar selepas kehabisan makanan.
Ribu tentera sahabat yang berjalan dan berkuda di atas air, ketika lintas sungai Darjala, untuk serang tentera Farsi, tentera Farsi gerun melihat keramat tersebut.

Sahabiah yang dibiarkan lapar oleh musyrikin, dapat minuman dari bekas turun dari langit,

Pendakwah yang melintas disungai cetek, sedangkan sungai itu sebenarnya sangat dalam. Pendakwah yang diselamatkan oleh buaya, singa,Sembahyang sahabat yang hidupkan keldai yang mati dan lain

Sebenar Allah tunjukkan kebesaran Nya, bukan melalui amalan ajaib dikalangan umat manusia, tetapi melalui mukjizat al Quran yang kekal, diberikan pada Nabi yang ummi, dan bagaimana Allah pelihara ketulinan dan ilmu dalam kandungannya.

Allah ceritakan kebesaranNya dan menafikan kebesaran maklok, melalui ciptaan langit dan bumi, syurga dan neraka dihari akhirat. Ciptaan malaikat, jin, manusia dan haiwan, menghidupkan bumi yang tandus dengan tanaman, turunkan hujan, suburkan alam dan berikan rezki pada maklokNya. Allah ceritakan kebesaranNya dalam setiap butir atom, setiap zarrah dan molekul, sehingga kurniaan mata dan pancaindera pada manusia. Kebesaran Allah sudah cukup jelas bagi orang yang berfikir, sehingga saintis2 yang atheis pun terpaksa akui keujudan Allah, Pencipta yang bijak dan hebat.

Anak Cemerlang

Anak Cemerlang


Untuk panduan kita bersama especially to all parents and parents-to-be
SOURCE : Haji Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah


Sebenarnya tiada suatu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya yg tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.


Merujuk kepada satu hadith sahih dari Rasulullah s.a.w, mathumnya :


Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu :

Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa. dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain,Bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa Adalah rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.


Dari usia 8 hingga 14 tahun
Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti Dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan Tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.


Dari usia 15 hingga 21 tahun
Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak.Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.


Dari usia 21 ke atas
Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.


Hasil dari rujukan kepada Al-Quran, As-Sunnah dan kajian-kajian Yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, di bawah disenaraikan 21 kaedah terbaik dalam membentuk anak-anak kita Menjadi orang yang cemerlang.


1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari bersesuaian dengan tindak tanduk dan amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan dalam memberi pesanan kepada anak-anak. Menurut Satu kajian, standard memberi pesanan dan arahan pada anak-anak pada setiap hari adalah sebanyak 200 kali. Barulah anak tersebut akan dapat dibentuk rutin kehidupannya mengikut apa yang ibu bapa mahu.


2. Banyakkan bercerita dengan anak-anak atas apa jua perkara yang baik-baik. Boleh mengambil iktibar dari Quran, kisah para rasul Dan para sahabat. Malah ibu bapa pun boleh mereka cerita mereka sendiri. Yang pentingnya, ianya mestilah punya natijah yang boleh Diteladani dan jangan sesekali bercerita tentang hal yang melalaikan.


3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya kepada anak tentang hal yang telah Dilaluinya sepanjang hari dan apa pula yang telah dilakukannya. Dan bila anak bertanya pula, ambil kira setiap soalan yang diajukan dan sentiasa berusaha menjawab semua soalan tersebut secara hikmah.


4. Mendidik anak dengan merujuk kepada pengalaman yang telah lalu yang pernah dirasai oleh ibu bapa. Juga boleh mengambil iktibar Dari pengalaman orang lain baik yang negatif mahupun positif. Ini akan lebih mudah menjelaskan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak.


5. Mengasuh anak-anak melalui nasihat dan teguran . Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali sahaja supaya anak tidak cepat bosan. Mungkin dalam seminggu sekali atau Dua kali sahaja. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan:Aqidah anak-anak tersebut


Ibadah dan amalan hariannya
Akhlaknya
Kerjasama di dalam dan di luar rumah
Tanggungjawab yang perlu ada dalam dirinya
Kesihatannya
Sangka baik dalam diri
Suci hatinya pada Maha Pencipta dan makhluk disekelilingnya


6. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak-anak dan sentiasa selitkan unsur-unsur nasihat yg bermanfaat di dalamnya.


7. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak-anak termasuklah dalam kerja-kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuannya dan bersesuaian dengan jantina anak itu.Kerja tersebut juga hendaklah diberikan mengikut waktu yang sesuai dan kena pada tempatnya. Sentiasa pantau kerja yang dilakukannya
Dan segera perbetulkan mana-mana kesalahan atau tabiat yang tak elok. Jangan kutuk anak kalau mereka buat salah dalam tugasannya dan Jika memuji anak biar berpada-pada.


8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak.Ibu pada yang sederhana memberitahu anak-anak apa yang Mereka perlu lakukan.Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan tentang apa yang Dia minta anak dia buat.Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh tentang sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya.Manakala ibu bapa yang mithali, sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.


9. Sentiasa memberikan galakan dan amaran pada anak-anak iaitu dorongan ke arah yang positif dan berikan hukuman bila anak buat kesalahan dengan hikmah. Menurut kajian pakar-pakar psikologi,galakan diberikan 80% dan 20% lagi untuk amaran. Galakan yang
Banyak akan jadikan anak-anak lebih ceria dan anak-anak yang ceria lebih menjurus ke arah individu yang cemerlang.


10. Lakukan suruhan dan gesaan pada anak-anak dengan tidak perlu berulang-ulang kali memberikan peringatan. Gesaan dilakukan pada Anak dengan sekali arahan sahaja. Ibu bapa perlu ada tindak susul pada anak atas apa yang diminta lakukan. Jika ibu bapa perlu beritahu Anak banyak kali dalam sesuatu hal pada sesuatu masa, ia ditakuti akan
boleh menjadikan anak seorang yang degil

11. Ambil berat kebajikan anak-anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak-hak anak yang sewajarnya. Ibu bapa mesti menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak-anak yang mana anak tersebut layak terima dan sesuai dengan kemampuan ibu bapa tersebut.


12. Ibu bapa gunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak-anak. Tak perlu tunggu anak menceritakannya pada ibu bapa Bila berdepan dengan sesuatu masalah. Praktikalnya amat penting Terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sensitif yang mudah tersentuh hatinya. Allah berikan kehebatan ini pada ibu Terutamanya dalam menyelami hati budi seseorang anak. Gunakan juga kaedah ini
untuk menasihati anak-anak pada sepanjang masa.


13. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan bahawa antara perkara yang boleh dilakukan Dan dilatih pada anak-anak termasuklah :
ajar anak-anak menyimpan rahsia latih anak-anak berpuasa bentuk kemahiran sosial anak, contohnya dalam cara berkawan yang betul luaskan ruang lingkup pembacaannya supaya pengetahuan amnya hebat dengar pendapat anak ajarkan anak cara membuat keputusan yang baik dalam sesuatu Hal memberikan pujian pada anak-anak berpada-pada
ajar mereka cara berniaga


14. Kenalpasti kecenderungan dan minat anak-anak. Selain dari memerhatikan sendiri anak- anak tersebut, boleh juga bertanya Kepada guru atau rakan tentang hobi anak-anak, mungkin ada yang ibu bapa terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah jadi orang yang cemerlang.


15. Pilih waktu yang sesuai dalam menasihati anak-anak . Waktunya termasuklah ketika
masa rehat dan bersantai dengan anak-anak beriadah atau berikreasi dengan anak-anak
di dalam perjalanan anak hendak tidur, sedang tidur atau ketika baru bangun dari
Tidur selepas waktu mandi selepas solat bersama anak-anak selepas anak-anak membaca Al-Quran ibu bapa membaca Al-Quran, ditiupkan pada kepala anak dan dinasihatkannya


16. Ibu bapa hendaklah bertahap-tahap dalam mendidik anak-anak mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak berkenaan. Didikan Pada anak juga hendaklah singkat, padat, bermanfaat dan tidak membosankan.


17. Pastikan anak-anak mematuhi perintah Allah dan meneladani Sunnah yang dibawa dan diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w.Ibu bapa sentiasa memperbaiki amal ibadah dalam keluarga selaras Dengan tuntutan agama.


18. Isi waktu lapang anak-anak dengan perkara-perkara dan kegiatan-kegiatan yang berfaedah . Jauhkan sama sekali dari Melakukan hal-hal yang melalaikan.


19. Beri ruang kepada anak-anak untuk berdialog dengan ibu bapa secara terbuka tetapi dalam keadaan dan situasi yang penuh hikmah.


20. Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan yang seimbang. Pastikan :
adanya diet yang betul dan vitamin tambahan yang bersesuaian. makanan adalah halal , bersih dan tiada unsur-unsur subahat. banyak beriadah/bersenam untuk menjaga tahap kecergasan Badan ajar teknik belajar dan berfikir yang betul


21. Doakan mereka berterusan secara positif sampai bila-bila dari mereka kecil hingga ke akhir hayatnya. Ibu bapa perlu sentiasa Ingat bahawa apa yang ibu bapa fikirkan dan cakapkan pada anak-anak Adalah doa yang sangat mustajab

WALLAHUALAM..

Gas Detector. biologically?





Hand Phone & TV

Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP)
At home watch TV, go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated
TV is big, bulky and most of the time old, but handphone is cute, slim,
curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often
demanding,
Most Important, TV got remote.. HP don't have..
Last but not least....... .
TV do not have virus, but HP yes......... .have VIRUS....... .......
once get it, terus KONG........

Sunday, July 13, 2008

Kebesaran Allah s.w.t

Allah s.w.t menguasai dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Dia memerintahkan dan melarang, menciptakan dan memeliharakan, dan mematikan dan menghidupkan. Dia mengangkatkan dan merendahkan derajat, menggantikan malam dan siang, dan menaikkan dan menjatuhkan bangsa-bangsa, agar satu bangsa lenyap dan yang lain muncul. Semua yang ada di langit dan bumi, di atasnya dan di bawahnya, di lautan dan di udara, tunduk kepada perintahNya. Dia mengetahui segala sesuatu dan jumlah segala sesuatu. PengetahuanNya meliputi tiap-tiap sesuatu dan tidak hilang lenyap dari pengetahuanNya sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit. Kalau semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimahNya, maka akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimahNya, walaupun ditambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.

Dia mendengar semua suara, dan tidak tersilap antara satu sama yang lain, Dia mendengar semua permintaan dan permohonan dalam berbagai bahasa. Tiada suara menyimpangkan perhatianNya dari mendengar yang lain, Dia tidak terkeliru mendengar permintaan mereka, dan tidak pernah jemu mendengar permohonan mereka. Dia lihat segala yang dapat dilihat, malah perjalanan seekor semut hitam di atas batu permata ketika kegelapan malam. Dia dapat melihat segala penglihatan mata, dan mengetahui segala rahsia. Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan. Dia mengampunkan dosa, mengurangkan kebimbangan, mengurangi kesusahan, menunjuk hambanya ke pangkal jalan, membuat yang kaya menjadi miskin, memberi petunjuk kepada yg tersesat dan keliru, memenuhi keperluan yang berputus-asa, memberi makan yang lapar, membajui yang telanjang, menyembunyikan keaiban, dan menenangkan ketakutan.

Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kalangan manusia dan jin mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan mereka, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanNya. Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kalangan manusia dan jin mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan mereka, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanNya. Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kalangan manusia dan jin berhimpun di suatu tempat, lalu memohon kepadaNya, Dia akan mengurniakan setiap permintaan, nescaya hal itu tidak sedikit mengurangkan apa-apa yang ada di sisiNya kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.

Dialah Yang Awal tanpa permulaan, dan Yang Akhir tanpa kesudahan. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


Ihya' - Sifat Maha Suci Allah


Telah menulis Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali di dalam kitabnya yang cukup terkenal dan mempunyai berkat dan manfaat yang besar, Ihya' Ulum al-Din:



Allah bukan merupakan benda yang dirupakan. Bukan merupakan atom yang terbatas. Allah tidak menyamai benda baik dalam perkiraan mahupun bahagiannya. Allah bukan merupakan jasad dan jasad tidak berada pada-Nya. Allah bukan merupakan aradh dan tidak ditempati aradh. Allah tidak menyerupai sesuatu yang ada dan sesuatu yang ada tidak menyerupai Dia. Tidak ada yang serupa dengan Dia dan Dia tidak serupa dengan sesuatu. Allah tidak terbatas oleh ukuran. Allah tidak terlingkup oleh daerah. Allah tidak terlingkup oleh arah. Allah tidak dikelilingi oleh langit dan bumi.



Allah beristiwa' atas arasy dengan istiwa' yang Dia kehendaki. Istiwa' yang jauh daripada sentuhan, bertempat dan berpindah. Allah tidak dipikul oleh arasy. Bahkan arasy dan semua pemikulnya berada dalam kekuasaan-Nya dan tunduk di bawah perintah-Nya.



Allah tidak bertempat dalam sesuatu, sebagaimana tidak ada sesuatu yang bertempat pada-Nya. Allah tidak terlingkup oleh ruang sebagaimana tidak terlingkup oleh waktu. Allah ada sebelum Dia menciptakan waktu dan ruang. Allah sekarang ini ada pada apa yang ada pada-Nya. Allah lepas daripada mahluk-Nya dengan sifat-Nya. Tidak ada selain Dia pada Zat-Nya dan Zat-Nya tidak ada pada selain Dia.



Allah Maha Suci daripada hal-hal yang baru, iaitu perubahan dan perpindahan. Allah tidak ditempati oleh mahkluk dan tidak terjadi hal baru pada-Nya. Allah sentiaa bersifat kebesaran dan suci daripada sirna. Dalam kesempurnaan- Nya Allah tidak memerlukan tambahan kesempurnaan- Nya. Allah diketahui ada-Nya dengan akal. Allah Zat-Nya boleh dilihat dengan mata sebagai nikmat dan anugerah bagi orang-orang yang berbakti di syurga. Itu sebagai penyempurna nikmat dengan memandang Zat-Nya Yang Mulia.





Telah berkata Al-Imam Al-Habib Al-Arif billlah, Sheikh Abdullah bin 'Alawi Al-Haddad r.a.:

Kami akan menerangkan tentang zahir dari makna "La Ilaha IllaLlah" (tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah), kerana kita telah menjelaskan bahawa, makna batin dari kalimah Tauhid tersebut perlu didiamkan dari perbincangan umum.

Ketahuilah bahawa, Tiada Tuhan melainkan Allah bererti, Dialah wajibul wujud lizatihi (kewajibannya adalah wajib dari sudut akal, dan kewujudan-Nya tidak bergantung kepada yang lain). Dia Maha Esa, Maha Memiliki dan Maha Berkuasa. Dia Maha Hidup lagi Maha Mentadbir setiap perkara. Dia bersifat dengan Qodim, di mana tiada permulaan bagi kewujudan-Nya dan Dia juga Abadi yang tiada berakhir bagi kewujudan-Nya.

Dia mengetahui setiap sesuatu dan mampu melakukan setiap sesuatu. Dia melakukan apa yang dikehendaki- Nya, dan berhukum dengan apa yang Dia mahu. Dia tidak menyerupai sesuatupun, dan tidak mempunyai sebarang sekutu bagi-Nya. Dia tidak tertakluk di dalam taklukan masa dan tidak juga sibuk dengan sesuatupun. Dia juga tidak bertempat dan tidak pula berhajat kepada perkara-perkara baharu. Dia tidak memerlukan sesuatupun.

Dari sudut yang lain pula, setiap sesuatu selain-Nya, memerlukan-Nya. Dialah yang menciptakan setiap yang wujud. Dialah yang menciptakan perbuatan setiap makhluk tersebut, baik dan buruknya. Maha Suci Allah s.w.t. yang merupakan sebaik-baik Pencipta. Dialah yang memberi hidayah kepada seseorang dan Dialah jua yang menyesatkan sesiapa yang dikehendaki- Nya.

Dialah yang memberi dan Dialah jua yang menegah. Dialah yang mengampunkan dan Dialah jua yang mengazab sesiapa yang dikehendaki- Nya. Tidak ada sesiapapun yang layak mempersoalkan- Nya dan merekalah (makhluklah) yang akan dipersoalkan. Dialah yang menciptakan dan Dialah yang memberi rezeki.

Dialah yang menurunkan kitab-kitab sebagai wahyu dan Dialah yang mengutuskan para Rasul a.s., sebagai bukti kelembutan-Nya terhadap para hamba-Nya dan kemurahan-Nya terhadap mereka. Maka, wajib bagi para hamba-Nya untuk mentauhidkan- Nya (mengesakan- Nya) dan taat kepada-Nya dalam ibadah, dengan menyahut seruan para Rasul-Nya a.s., dan tidak ada sesuatupun yang wajib bagi-Nya untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya, kerana Dialah Raja dan Pemilik setiap sesuatu, dan menguruskannya. Setiap sesuatu selain-Nya tidak ada hak di sisi-Nya, untuk meminta hak mereka dari-Nya. Dialah yang menjanjikan ganjaran buat para solihin, kerana kemurahan-Nya, dan Dia juga yang menjanjikan azab buat orang-orang yang ingkar kerana keadilan-Nya.

Maka, perkataan TUHAN, meliputi seluruh sifat-sifat yang disebutkan, dan Dialah Allah yang tiada tuhan selain daripada-Nya, kerana setiap sifat tersebut jelas dimiliki oleh-Nya dan tidak dimiliki oleh selain daripada-Nya secara mutlak, samada bersifat dengan salah satu daripada sifat-sifat tersebut, apatah lagi untuk memiliki seluruh sifat-sifat tersebut.

Barangsiapa yang menafikan sifat-sifat ketuhanan dari Allah s.w.t., dan mengisbatkannya kepada selain Allah s.w.t., atau menyekutukan Allah s.w.t. pada sifat-sifat ketuhanan tersebut, maka ia merupakan suatu kedustaan dan akan ditimpa ke atasnya kerugian yang abadi. Merekalah orang-orang yang disebutkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud: "Kami telah memenuhkan neraka Jahannam dengan ramai dari kalangan jin dan manusia, kerana mereka memiliki hati tetapi tidak berfikir dan meneliti dengannya, mereka memiliki mata tetapi tidak mahu melihat (kebenaran) dengannya, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (kebenaran) dengannya. Mereka bagaikan binatang, bahkan lebih sesat dari binatang. Merekalah orang-orang yang lalai".

dipetik daripada islamic e-book

Adab Sebelum, Ketika Dan Selepas Makan Mengikut Islam

BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar mereka berwaspada dengannya.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menyenaraikan 7 adab sebelum makan yang perlu dijaga:
1. Memastikan makanan daripada sumber halal.
2. Membersihkan tangan.
3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.
4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.
5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah.
6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan ber syukur.
7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi ber sama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Imam al-Ghazali juga menyenaraikan adab ketika makan yang perlu dijaga agar makanan itu diberkati oleh Allah:
1. Mulakan dengan bismillah dan doa.
2. Makan dengan tangan kanan.
3. Mengunyah dengan baik.
4. Jangan dicaci sebarang makanan.
5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.
6. Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.
7. Jangan makan secara berlebihan.
8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu.

Berhubung dengan adab selepas makan, Imam al-Ghazali memberikan beberapa panduan:
1. Berhenti makan sebelum kenyang.
2. Menjilat jari.
3. Membasuh tangan.
4. Berdoa.
5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.
6. Banyak bersyukur kepada Allah.
7. Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pada makanan.

Tuesday, July 8, 2008

KALAU BOLEH BERJIMAT KITA JIMAT LAGI


Ni satu kaedah penjimatan minyak,motor guna gas..hehehhe...tinggal tak turn back to first era guna stim,hahahaha...motor kereta guna arang batu..sejak dua menjak ni kita boleh tengok lambakan basikal guna tenaga letrik...errr maksud saya guna kuasa bateri..price no to bad around Rm1.6K dah boleh dapat satu...yang jadi masalah cuma satu kalau parking mesti kena cari tiang,kalau tak kunci aja tak boleh grenti selamat sebab mamat gian boleh usung ,kalau parking dekat tiang boleh tambat dekat tiang susah juga nak dicuri....





INTERGRITY

What is it?
Integrity is the alignment of personal and general moral philosophies with actual business and professional practices. It is unwavering steadfastness to the values of honesty and uprightness associated with business governance in operating with customers, employees, suppliers, and all stakeholders.

Why is it important?
Moral boundaries set the stage for operational boundaries within a business environment. The integrity of an organization and its people speak to the overall character of the business and its leadership. Take time in formulating the appropriate business character.

The integrity of a business is directly correlated to its operational policies and strict adherence to them. Customers can be easily offended and long-term buying relationships lost when warranties are not honored or proper customer service is not provided. Customer loyalty and retention ultimately affect the bottom line. Having integrity in dealing with customers, suppliers, partners, and employees can play a drastic role in appropriately forming a company's reputation and word-of-mouth marketing effectiveness.

With the viral nature of both good and bad publicity in today's environment,having integrity is becoming more of a necessity than luxury. With repeat customer purchase frequency hanging in the tenuous balance of long-term success, integrity is fast becoming the 'x-factor' in a successful business model.

Integrity also affects employee turnover and overall employee satisfaction.Moral dissonance is often the offspring of incongruities and conflicts between moral and business philosophies. People want to work for a company that emulates good practices.

How to get it if you don't have it?
Outline and set forth fundamental policies, which can shape a business and its people with integrity. You may want to articulate a clear mission statement, vision statement, and set of governing values with a strong adherence policy to ensure integrity within all aspects of operations. If you currently operate a business, make sure you integrate integrity into the corporate culture. Make it a mainstay and a standard within the business.Review different businesses, which you feel operate with high levels of integrity and instill the same types of governing values in yourself and future business models.

How to develop it if you have it?
One way of developing this attribute is to make a conscious decision from this day forth regarding having and practicing integrity. Evaluate your relationships and interactions with others to see how you might improve on integrity within each of these separately and collectively. Evaluate each day and look for ways of improvement. Today's actions indicate tomorrow's results. Set boundaries and guidelines in your actions, which reflect your willingness to have integrity be a part of your life.

Sunday, July 6, 2008

MENARA PEMANCAR MENYEBABKAN RADIASI?





Baru-baru ini surat khabar dan media elektronik heboh mengenai radiasi yang di keluarkan oleh setesyen pemancar cellular atau RBS ( Radio Base Station). Sebelum kita mebincangkan topic ini.

Para pembaca harus mengetahui bahawa radiasi bukan saja ujud di tempat Setesyen pemancar cellular. Namun jika kita lihat di rumah kita sendiri. Boleh dikatakan 90% penduduk Malaysia menggunakan TV, Microwawe oven ini semua terdedah kepada radiasi. Namun tahap yang di keluarkan adalah mengikut piawayan antarabangsa. Tahukah tuan2 bahawa ada sebahagian dari TV Microwave Oven ini tidak mengikut piawayan yang ditetapkan namun ianya berlualuasa di gunakan oleh kita. Dan ini terdedah kepada radiasi….dan bahaya kepada manusia jika penggunaannya…terlalu hampir dengan kita. Satu soalan berapa ramai diantara kita hari ini yang ada alat penguji radiasi dirumah atau hantar ketuhar Microwave kita kepihak berkuasa untuk menguji sama ada Microwave oven kita melepasi piawayan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Satu perkara lagi yang jarang kita ketengahkan ialah penggunaan Hand Phone atau telefon bimbit….perkara ini lebih ketara lagi kalau dibandingkan dengan setesyen pemancar cellular…berapa ramai antara kita yang tinggal hampir dgn setesyen pemancar cellular…kalau dibandingkan dengan pengguna yang mengunakan telefon bimbit…Telefon bimbit akan menjadi bahaya jika kita menggunakan nya dengan jangka masa yang lama untuk berchakap. Anda boleh cuba menguji kaji perkara ini ambil dua telefon bimbit letakkan telefon berkenaan bersebelahan ditengah -tengahnya letakan sebiji telur yang belum di masak satelah itu dail number telefon yg di sebelahnya satelah itu jawab telefon berkenaan dgn menekan butang hijau satelah itu biarkan telefon itu bersebelahan dgn telur berkenaan selama 15 mint…..satelah itu…anda akan dapati telur berkenaan akan masak…..Jadi jika kita amat-amati….perkara ini berlua-luasa berlaku pada kita….kalau dibandingkan dengan pendedahan radiasi kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan setesyen pemancar cellular. Penggunaan telefon bimbit dalam jangka masa yang lama dalam perbualan telefon akan menyebabkan “otak kita masak” ada setengahnya pula menyatakan rasa pening atau sakit kepala dan sakit telinga…tapi perkara ini tidak di ambil kisah dan tidak ada pendedahan….Satu perkara lagi penggunaan blue tooth juga bahaya kepada pengguna …..elok digunakan hand free jika berbual lama.

Satu perkara lagi bagi penduduk yang tiggal berdekatan dengan setesyen pemancar Radio contohnya di Kajang …penduduk di sekitarnya terdedah kepada pancaran radio yang beratus KILO WATTS…..mengapa tiada siapa yang tampil kehadapan…kenapa di biarkan perumahan baru di bina berhampiran dengan “antenna farm” berkaitan.
Bagi mereka yang bekerja sebagai jurutera dan juruteknik yang bekerja/memasang peralatan antenna di tower cellular pula lagi lah terdedah kepada radiasi jika sekiranya ada kerja-kerja penyelenggaraan…kerana pihak TELCO sesuatu service provider tidak benarkan sistem mereka di tutup sepenuhnya….kerana kalau sistem berkenaan di tutup “shut down” selama satu jam ianya amat merugikan biasa kalau ditutup selama satu jam pihak berkenaan akan rugi berjuta ringgit…!!! Jadi siapa yang terdedah kepada pancaran radiasi…….
Bagi mereka yang terlibat dengan siaran luar memasang alat microwave ianya juga terdedah kepada radiasi ada yang cacat penglihatan dan sebagainya. Perkara ini tidak didedahkan.

Bagi mereka yang berkeraja atau terlibat dengan alat-alat RF rata-rata semuanya tahu tentang perkara ini. Iaitu electro magnetic wave...
Bagi pancaran HF dan VHF radiasi bergantung kepada kuasa pemancar...akan tetapi bagi pacaran Microwave ianya amat bahaya kalau dibandingkan dengan HF dan VHF itu pun bergantung kepada kuasa yang digunakan.

Bagi mereka-mereka yang gemar mumbuat antenna dan uji kaji antenna anda..... pastikan antenna yang hendak di ujikaji di letakan jauh dari anda dan juga keluarga dan jiran tetangga anda. Seperkara lagi jangan letakan antenna yang hendak diujikaji tersebut didalam bilik anda ini amat bahaya. Sebagai satu contoh jika anda menguji magnetic loop antenna dan antenna tersebut berada didalam bilik anda ianya akan menyebabkan anda akan pening dan mata anda akan bengkak...sila rujuk terlebih dahulu dengan rakan-rakan yang berpengalamam dan juga sila buat rujukan melalui bahan bacaan.
UTAMAKAN KESELAMATAN........


disalin dari blog 9m2au http://advanced-skynet.blogspot.com/

Friday, July 4, 2008

*Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.*

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.
Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila&" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu &"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

"Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.."

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan- bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila Tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Laila" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi- wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak iku pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je," Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak- anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.

Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak- anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila & Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Biarkan rindu bermukim,
biarkan resah bermusim.
Biar ingatan meruntun,
biarkan pengharapan beralun.
Nanti bila ditemukan,
akan dilepaskan layar resah di laut damai moga akan kembali ceria
kehidupannya nanti.

Jom Flash Back

Aku cuba mengingati kisah-kisah dulu,almaklumlah cpu pun dah lama 17 tahun berpisah banyak memori lama banyak makin pudar,just nak share memori lalu.


Kena Raging
Aku pernah joint kadet,tapi mungkin tak sesuai dan tak leh tahan kena raging,aku belah..ada ka patut,kasut sekolah cuma ada sepasang depa lanyak aku kawat sampai masuk dalam lumpur pastu peluk dan cium pokok,hang pa ingat tak lagi tempat kawat yang dekat tempat parking basikal tu.

Tak ambil acara sukan tapi terpilih untuk sertai olah raga.
Aku ni masa sukan ketika form 5 tak pernah masuk apa-apa acara,tapi ringan tulang tolong cikgu Sham masa latihan olah raga,aku kerap rejam lembing sesaja..eeemmm
mungkin rejaman aku tu no bad kot...cikgu masukkan aku dalam acara tu tapi sebagai simpanan...jer simapan pun simpananlah,yang best masa termasya sukan kat Sekolah Muzaffar Shah kat Selinsing aku turut serta....dalam bas riuh rendah...masa balik pakat-pakat ramai-ramai nyanyi lagu.

Ular Senduk
Gempar seekor ular senduk depan kelas 5A1 dok dalam longkang,aku lah yang jadi hero masa tu bedal ular tu sampai mati...err ada sapa-sapa ingat peristiwa ni?
Masa tengok cerita tamil pasal ular ni Oooo...ada sepasang,dalam cerita tu yang jantan kena bunuh yang betina tuntu bela...isssshhh nasib baik tak jadi macam tu.

Meja dilobangkan untuk tujuan main Berliad.
Hangpa ingat tak pokok macam pokok pinang yang buah merah kemerahan yang buanya sebesar guli,buah tu kita buat bola berliad meja dilobangkan....issshhh nakal sungguh ..errrr tu masa tingkatan 1.

Member yang aktif dalam sukan
Nama-nama yang tak asing masa zaman tu ialah Rosnah Abdul Rahman satu kelas aku 5A3 dia terror acara jarak jauh,Salawi budak kemboja dan adik dia Basari dorang ni berjaya dalam bidang perniagaan,Sabariah ni senior kita dia tua setahun sejak tinggalkan bangku sekolah memang tak pernah terjumpa dia.

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.
Katanya:"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:Pertama:Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua:Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga:Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ............ ..... ...

Thursday, July 3, 2008

Teman

Teman kita pernah
belari berkejaran
dalam keriangan detik itu
kita sering bertemu esok dan selalu
kita pernah nyanyi bersama
tika guru tiada
Sampai lupa hingga guru lain menyapa
Dirotan tiada kita asyik bicara
Bicara pasal hal dunia
umpamanya kita tahu semuanya
Baju kita sama tapi kini tiada

Teman....
lewat senja yang menghimpit kaki langit
kita kian terpisah
oleh masa yang di hadapan
tidak lagi memandang ke belakang
kita terpisah haluan bertahun
mencari erti diri mencari satu kehidupan
untuk sendiri diri sendiri mencari suatu yang pasti terjadi

Teman....
jangan kau lupa masa dulu
masa kita sering bertemu
kita sama-sama mengalas buku
buku yang padanya meletakkan nasib kau dan aku
untuk menjadi apa yang dihajati

Teman...
bicaralah pada anakmu
kita punyai sejarah
sejarah tak pernah berubah
sejarah kau dan aku pernah
ketemu bersama mencari suatu yang pasti
kitalah panglima dan perwiri yang sejati

Moh Kita Layan Lagu Sezaman kita