Saturday, November 20, 2010

MINI REUNION 2

Alhamdulillah dalam masa dok kalut-kalut dapat juga saya kumpulkan rakan-rakan untuk sessi perjumpaan di Restoran Tom Yam no 1 Pusat Bandar Parit Buntar kepada yang telah hadir diucapkan ribuan terima kasih.
Cerita yang acap kali dibualkan tidak lain tidak bukan zaman persekolahan dahulu,sikap nakal,selalu ganggu budak-budak perempuan dan macam-macam lagi.








REUNION XSPBG

Salam untuk semua memang dah lama benar tak update blog ini,maaflah atas kesuntukan masa yang ada,so hari rasa free untuk upload apa sahaja yang terlintas di dalam kepala.





Friday, May 28, 2010

MINI REUNION UNTUK XPANGLIMA 1986-90

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pada 10hb Julai Sabtu 2010 akan diadakan MINI REUNION buat julung kalinya setelah hampir 20 tahun berpisah saya amat berharap rakan-rakan Xpanglima dapat menghubungi saya untuk membuat pengesahan akan kehadiran anda untuk menyertai majlis ini.

Sila berhubung dengan ajk-ajk reunion yang telah dilatik,
ahli yang akan dipertanggungjawabkan untuk melancarkan acara/majlis tersebut.
Azmi Ayub 0175125103,Juriatul 0133402422,Shamsul@Choi 0125891598,Fida 0174183225
Maria 0125649226,Mahizan 01XXXXXXX

Sila email saya terus ke azman@ntpm.com.my atau ditalian 012-4288883,0174163162

Thursday, February 11, 2010

KENANGAN TERINDAH SUKAR DILUPAKAN

Ju terima kasih banyak-banyak atas kebenaran hang untuk aku publishkan gambar kenangan silam semasa zaman persekolahan yang lepas,melihat gambar-gamabr ini kerinduan teramat sangat untuk bertemu rakan-rakan kita dahulu,agaknya apalah khabar mereka ni semua.Ramai rakan yang dalam gambar tu aku dah tak ingat nama mereka,andai kata kalau ada sesiapa yang mengenali mereka yang terdapat dalam gambar ni please tolong contact aku...okey..
Maaflah antara yang aku masih ingat dalam pic ni adalah Rahim Sadri,Mimah,Suria,Kamarudin Darus,Rozaini Ethray,Pak Aoi...issshh lupalah nama sebenar,Shamsuri...apa ntah tapi dia ni rumah mak mertua dia dekat rumah orang tua akulah..Wan Black...yang lelain sorryylahh..








Thursday, January 28, 2010

REUNION UNTUK PERTAMA KALI SETELAH 20 TAHUN"1990-2010"

Salam untuk semua,alhamdulillah segala puji-pujian bagi yang maha esa,kerana
dengan limpah dan kurnianya,saya masih diberikan kekuatan untuk terus menulis dan memburu rakan-rakan sepersekolahan bagi pengal 89 dan 90,setelah meninggalkan bangku
persekolahan,saya sehingga kini tercari-cari rakan-rakan lama dan juga guru-guru batch 89 dan 90.

2 hari lepas saya bertemu dengan Mohd Sani Giman dan isterinya Norshida juga rakan sepersekolahan kita di Econsave Parit Buntar,loving couple eem....seingat saya ini merupakan pertemuan dengannya sejak 16 tahun lepas,anak sulung beliau kini sudah mengjangkau usia 13 tahun,melalui beliau juga saya telah mendapat menghubungi Shamsul Razak@ Choi yang kini menetap di Taman Markisa Bukit Mertajam,Norazman Noh yang kini berada di Melaka.
Semalam saya juga telah berjaya menghubungi Shamsuri Jamaludin,apa pun saya amat mengalu-alukan agar rakan-rakan yang mana mengetahui rakan-rakan kita berada menghubungi mereka dan memaklumkan akan kewujudan blog ini,alhamdulillah pagi tadi saya sempat menghubungi Fida dan saya difahamkan guru-guru kita ada mengajukan soalan bila batch kita nak adakan reunion,satu pertanyaan yang bagi saya ia tak lebih kerinduan mereka"guru-guru" untuk bertemu bekas pelajar mereka dahulu.

Untuk penambaikan blog ini saya seru kepada semua bekas pelajar,menghubungi saya melalui email azman@ntpm.com.my atau panglima8990@gmail.com atau di talian
012-4288883/0125789818.Harapan saya agar anda dapat bersama-sama memberikan sumbangan gambar-gambar silam ketika di bangku persekolahan,apa juga catatan sedih sembira boleh juga dihantarkan kepada saya untuk saya masukkan di sini.

Saya dan Fida serta rakan-rakan di sekitar sini akan cuba untuk mengatur/mengadakan "REUNION"insyaallah mungkin dalam tahun ini juga,tolong maklumkan kepada saya melalui email atau contact nombor di atas.setelah sekian lama kita terpisah amat
diharapkan satu REUNION bakal dilaksanakan.

Bagi yang mengetahui mana-mana rakan-rakan yang lain tolong khabarkan kepada mereka bahawa satu REUNION bagi bekas pelajar dan guru-guru sessi 89 dan 90 akan diadakan.
Tolong sampaikan kepada mereka.