Thursday, January 28, 2010

REUNION UNTUK PERTAMA KALI SETELAH 20 TAHUN"1990-2010"

Salam untuk semua,alhamdulillah segala puji-pujian bagi yang maha esa,kerana
dengan limpah dan kurnianya,saya masih diberikan kekuatan untuk terus menulis dan memburu rakan-rakan sepersekolahan bagi pengal 89 dan 90,setelah meninggalkan bangku
persekolahan,saya sehingga kini tercari-cari rakan-rakan lama dan juga guru-guru batch 89 dan 90.

2 hari lepas saya bertemu dengan Mohd Sani Giman dan isterinya Norshida juga rakan sepersekolahan kita di Econsave Parit Buntar,loving couple eem....seingat saya ini merupakan pertemuan dengannya sejak 16 tahun lepas,anak sulung beliau kini sudah mengjangkau usia 13 tahun,melalui beliau juga saya telah mendapat menghubungi Shamsul Razak@ Choi yang kini menetap di Taman Markisa Bukit Mertajam,Norazman Noh yang kini berada di Melaka.
Semalam saya juga telah berjaya menghubungi Shamsuri Jamaludin,apa pun saya amat mengalu-alukan agar rakan-rakan yang mana mengetahui rakan-rakan kita berada menghubungi mereka dan memaklumkan akan kewujudan blog ini,alhamdulillah pagi tadi saya sempat menghubungi Fida dan saya difahamkan guru-guru kita ada mengajukan soalan bila batch kita nak adakan reunion,satu pertanyaan yang bagi saya ia tak lebih kerinduan mereka"guru-guru" untuk bertemu bekas pelajar mereka dahulu.

Untuk penambaikan blog ini saya seru kepada semua bekas pelajar,menghubungi saya melalui email azman@ntpm.com.my atau panglima8990@gmail.com atau di talian
012-4288883/0125789818.Harapan saya agar anda dapat bersama-sama memberikan sumbangan gambar-gambar silam ketika di bangku persekolahan,apa juga catatan sedih sembira boleh juga dihantarkan kepada saya untuk saya masukkan di sini.

Saya dan Fida serta rakan-rakan di sekitar sini akan cuba untuk mengatur/mengadakan "REUNION"insyaallah mungkin dalam tahun ini juga,tolong maklumkan kepada saya melalui email atau contact nombor di atas.setelah sekian lama kita terpisah amat
diharapkan satu REUNION bakal dilaksanakan.

Bagi yang mengetahui mana-mana rakan-rakan yang lain tolong khabarkan kepada mereka bahawa satu REUNION bagi bekas pelajar dan guru-guru sessi 89 dan 90 akan diadakan.
Tolong sampaikan kepada mereka.