Saturday, May 10, 2008

Pengenalan Ham Radio

Lebih daripada 10 tahun aku berkecimpung dalam hobi ini,bermula daripada lesen B sehinggalah lesen kelas A,banyak faedah yang boleh diperolehi daripada hobi ini,antaranya kita dapat mengenali rakan di serata Malaysia daripada pelbagai profession,info trafik,dapat tunjuk arah semasa sesat atau mohon bantuan pertolongan dan berbagai lagi,satu slot mengenai ham radio telah disiarkan oleh majalah 3 suatu ketika dulu.Tidak hanya sekadar hobi,ham radio juga banyak membantu dalam urusan kemasyarakatan seperti bantuan komunikasi semasa darurat (Bencana Alam.
Oh ya! paling terkini yang sering diperkatakan ialah ham radio dapat berhubung dengan ISS (International Space Station)ingat tak sewaktu Syed Muzaffar berada di ISS dan sehingga kini ramai di antara rakan-rakan ham masih berhubung dengan stesen angkasa lepas walaupun Dr Syed Muzaffar dah kembali ke bumi.




Sunday, February 24, 2008

GURU-GURU SMKPBG DULU-DULU

Aku dah tak berapa ingat nama guru-guru masa sekolah dulu yerlah dah lama sangat tinggalkan sekolah...antara yang masih segar dalam memori aku adalah:

Cikgu Sam-ajar subjek sejarah/ajar pendidikan jasmani

Cikgu Zainudin-ajar geografi dia cakap kita pakat-pakat tulis kalau tertinggal ahahahaha...kena pinjam buku kawanlah salin lain..semua pakat panggil dia cikgu giant

Cikgu Zaharah-ajar subjek lukisan ayat yang selalu keluar dari mulut dia"Tang mana saya tat sat"

Cikgu Aminah Awang Kecil-ajar subjek sejarah emmm subjek yang aku tak berapa suka tapi ntah subjek tu yang aku boleh score 3,dia punya cubit kat perut masih terasa lagi tau!!!

Cikgu Fairus-ajar matematik

Cikgu Idris-ajar subjek Sastera

Cikgu/Ustaz Ishak-ajar ugamalah ajar apa lagi

Cikgu Machap-ajar bahasa inggeris kita panggil sir hehehehe...sporting

Kalau hangpa ingat tolong update kat aku sat cikgu-cikgu lain yang aku tak nyatakan kat sini,nanti kecik hati pula depa tu.

Monday, February 18, 2008

SIAPA YANG DAH PERNAH ONLINE DEKAT BLOG INI???

-JURIATUL- AKHMARUL NIZAM--ABDUL MOIN-MOHD FADHIL ANUAR AZMI AYOB-JUNIZA-FIDA-

Friday, January 25, 2008

TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG INI TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG INI

Wednesday, January 16, 2008

SUNGGUH TAK DISANGKA

Korang ingat tak kakak yang dok jaga kantin masa sekolah dulu...yang depa dok panggil kak Teh...eeemmm hehehehee...dia tu kakak ipar aku hehehehehe....dan mak cik kantin tu pula...hehehehe...tok sedara wife aku.

Tuesday, January 15, 2008

DI MANA MEREKA SEKARANG????

Just nak update kepada korang

Aku dekat NTPM-Nibong Tebal Paper Mill Holding Berhad
Azmi Ayob-hehehe...jaga anak....hehehe..."low profile betul ko ni yer..."
Maria Mansur -Mungkin dah title pegawai kerani kot dkt Sek Ren Sg Acheh N.Tebal dulu dekat JPN Parit Buntar.
Zaidi Ismail - Selama Perak - Chargeman dekat Hospital Selama
Juriatul Hasni - Kuala Lumpur dekat Telekom
Shamsul Kamal Ismail -NTPM
Akhmarul Nizam Mohd Rupiad - Guru dekat Jejawi Perlis
Sariah -ni sepupu Maria -last aku jumpa dulu dia guru dekat Sek Keb Sg Bakap SPS
Shamsuri Jamaluddin -Pensyarah dekat Uitm Manjung
Suria aku ada jumpa dia dekat Pasaraya Econ Save anak-anak dah besar rasa aku jadi full time house wife kot.
Fadhil@Tontoi-5 tahun lepas dia asst manager dekat Telekom
Abdul Moin-Kalau tak silap aku pun post yg sama macam Fadhil
Zainal@Tan lolaq-sepupu Maria dan Sariah Kontraktor
Alwi Mahmudin-Sekarang ni buka company sendiri kot dengar kata sekarang dah jd consultant
Shahrulrizandin...tak sure nama betul depa panggil Jan Beruk-dengar kata dekat Penang dulu ada jumpa dia dia masa tu dekat Sea Gate-Asst Enginer
Shamsul Kamal@Choy-masa form 5 kelas 5A2 sekarang dekat Penang dengar kata merata dunia kot coz company dia buat servicing machine yang di keluarkan oleh company dorang.
NorAzman Noh@Man Baban-coz selalu lukis gambar babi lekat nama jolokan ni...aku dengar sekarang jadi polis dekat Kuala Lumpur.
Ahmad Farish-Askar dekat mana tak pasti tapi mie bagi tau aku dia masuk sojar..hehehehe...pangkat ape???
Fida-Pejabat YB Bakar Pekan Baru Parit Buntar
Sabri-Form 5 Sains-orangnya cikeding hehehehe.....skrg ntah tapi pangkat besar manager telekom KL
Jalil-Dia tinggal di Taman Seri Aceh dulu ada jumpa kata dia Sabri kawen sepupu isteri dia..eemmm dah jadi adik beradik bau-bau ketiak ler korang ni..
Sani Giman dan Norshida - pasangan romeo akhirnya bersatu jua akhirnya bukan khayalan lagi...dengar ceritadapat anak kembar 2x dulu aku dengar ada 6 orang sekarang siap kena guna mpv tak pun bas mini...hehehehe...
Fauzi-Nama bapanya aku dah lupa dia kelas sastera dulu masa jumpa dia dekat Produa...sekarang ntah
Norhamimah Mohd Yusoff-2 tahun lepas ikut hubby dia pergi Australia,hubby dia kerja dengan Petronas
Zainab Abdullah-Kerja dekat Intell Kulim
Norsyida Nyub-House wife dok Taman Semarak
Norlida Sultan-Bussines women kat Sungai Acheh N.Tebal
Dairul Nizam-Bank Pertanian N.Tebal
Abdul Rahim Sadri-Kat Kuala Lumpur dengar kata buat landscaping dekat hotel..
Ridwan@Wan black-Kerja dengan Jabatan Perikanan dulu kerja sat dekat tempat aku...passtu blah
Norhashimah Hashim-Dekat Gombak kat Kilang Texas
Murugan-Pengusaha teksi persendirian/dia bawa dia usaha....teksi dia punyerlah..
Man Spanar nama betul aku dah tak ingat-Mie kata dia buka bengkel kereta dekat Ipoh,aku tahu dia lepas IKM dia study dekat UK...tu jer...
Hazman Ishak anak ustaz Ishak dengar khabar sekarang dah hampir nak jadi jutawan bussines man,dulu aku dapat tahu dia dekat Proton lepas tu buka bussines sendiri.
Khairul Nizam nickname famous masa kat sekolah dulu-"Botak"-Guru dekat area P.Buntar dekat mana nanti aku tanya Mie.
Emma-Err aku tak sure dulu kelas mana tapi kata Fida dia kerja dekat MDK-Majlis Daerah Kerian.
Rosliza/Liza classmate aku dulu-kat Ntpm



Kalau korang ada infomation mengenai mana rakan-rakan kita tolong maklumkan kepada aku,aku nak list kan dekat sini,setidak-tidaknya korang tahu dorang ada di mana,Sekiranya terdapat fakta-fakta yang bercanggah dengan apa yang tercatat di sini sila maklumkan aku.

Monday, January 14, 2008

BLOG TITLE"THE TIME TUNNEL"

Mungkin korang tertanya kenapa aku letakkan "THE TIME TUNNEL"sebagai header title blog aku ni kan!yerlah pada aku title tu amat dalam maksudnya....ruang rentas waktu..terowong masa,inilah satu-satunya cara untuk aku kembali ke zaman silam mengingati memori zaman persekolahan bersama korang.

My Life

Life aku simple jer aku kahwin pada usia 25 tahun dan wife aku pula 4 tahun muda daripada aku....hehehehe ajal maut di tangan tuhan...rupa-rupanya wife aku tu juga x student SMKPBG satu batch dengan adik aku.Selama lebih 10 tahun aku mendirikan rumahtangga aku dikurniakan 3 cahayamata,yang sulung lelaki terlebih dahulu pergi mengadap ilahi pada usia 9 hari,sekarang ni cuma tinggal 2 orang sahaja.
Yang kakak sekarang ni berada di dalam darjah 2 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh dan yang bongsu berusia 1tahun 2 bulan.
Isteri aku Norshida Bt Baba Ahmad,anak aku yang sulung Nur Amilia Natasya dan Nur Syamimi Syazana.

Cuba Teka Siapa???


Semalam aku terjumpa gambar rakan satu sekolah dahulu....korang teka siapa dier????

MY PERSONEL


Mungkin gambar aku ni tak berapa ok rasanya rosulation camera murah...adakah member seangkatan aku yang masih kenal iras wajah aku ni ntahlah Aku adalah anak jati Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang daripada tahun 1986-1990 kelas seni perusahaan.Berbekalkan SPM cabuk pangkat 2 aku tak kemana-mana cuba juga nak minta kerja goverment tapi 2-3 pergi interview at last aku setia di sini di NTPM,dah lebih 17 tahun aku dekat sini rezeki bolehlah... sebagai technical spare parts store supervisor aku banyak berlajar hal-hal mechatronik,chemical dan bermacam macam lagi mungkin dah sebati dengan hati aku terus dekat sini.Kalau nak setup machine dan perlukan khidmat rujuk pakar alatganti mesin aku boleh membantu.Tujuan blog diwujudkan adalah untuk aku mencari dan mengumpulkan rakan-rakan lama sessi persekolahan 89-90 di bawah satu bumbung jadi sekiranya masih ada rakan 86-88 aku juga alu-alukan kemunculan di sini.Kepayahan hidup atau kesenangan hidup bolehlah disingkapkan di sini siapa tahu kejayaan anda akan menjadi idola buat anak-anak jenerasi kita.Yang gagal bukan bererti gagal selamanya maka seharusnya kisah kegagalan anda dijadikan iktibar untuk kita semua ,kita kongsi bersama sebagai satu jenerasi panglima yang pernah bersama dulu kini dan selamanya.