Monday, January 14, 2008

MY PERSONEL


Mungkin gambar aku ni tak berapa ok rasanya rosulation camera murah...adakah member seangkatan aku yang masih kenal iras wajah aku ni ntahlah Aku adalah anak jati Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang daripada tahun 1986-1990 kelas seni perusahaan.Berbekalkan SPM cabuk pangkat 2 aku tak kemana-mana cuba juga nak minta kerja goverment tapi 2-3 pergi interview at last aku setia di sini di NTPM,dah lebih 17 tahun aku dekat sini rezeki bolehlah... sebagai technical spare parts store supervisor aku banyak berlajar hal-hal mechatronik,chemical dan bermacam macam lagi mungkin dah sebati dengan hati aku terus dekat sini.Kalau nak setup machine dan perlukan khidmat rujuk pakar alatganti mesin aku boleh membantu.Tujuan blog diwujudkan adalah untuk aku mencari dan mengumpulkan rakan-rakan lama sessi persekolahan 89-90 di bawah satu bumbung jadi sekiranya masih ada rakan 86-88 aku juga alu-alukan kemunculan di sini.Kepayahan hidup atau kesenangan hidup bolehlah disingkapkan di sini siapa tahu kejayaan anda akan menjadi idola buat anak-anak jenerasi kita.Yang gagal bukan bererti gagal selamanya maka seharusnya kisah kegagalan anda dijadikan iktibar untuk kita semua ,kita kongsi bersama sebagai satu jenerasi panglima yang pernah bersama dulu kini dan selamanya.

No comments: