Tuesday, May 19, 2009

Virus selsema babi pun kini lebih pintar

PAKAR virologi Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia(UPM), Prof. Madya Dr. Siti Suri Arshad, 46, telah lebih 20 tahun terlibatdengan pengkajian virus penyakit pada haiwan terutama ayam dan arnab.
Jadi, apabila wabak influenza A (H1N1) melanda dunia kini, beliau sudah menjangkakan keadaan itu. Wabak ini pada mulanya dikatakan berpunca daripada babi di Mexico.
Selepas merebak ke 34 buah negara dan mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematian, H1N1 dikesan di Malaysia minggu ini.
mangsa pertama itu dipercayai seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New York,Amerika Syarikat, Rabu lalu.
Kini mangsa ditempatkan di Hospital Sungai Buloh sejak dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut Siti Suri, pengkajian beliau khusus kepada virus yang menyebabkan kematian, mencacatkan pertumbuhan serta mencari vaksin penawar bagi haiwan terbabit.
Namun beliau sangat khuatir wabak penyakit yang disebabkan oleh virus.


"Virus ialah organisma yang bergantung kepada perumah untuk terus hidup.
"Malah sekarang terdapat 80 famili virus dengan 5,000 jenis. Banyak lagi masih belum dikesan terutama disebabkan influenza yang mampu menyebarkan penyakit kepada manusia," ujarnya.

No comments: