Ada kala dan tikanya aku...
terkenang kisah lalu
tika jalan masih lagi merah
selut dan tanah jadi mainan
zaman puyu masih tak laku
zaman sepat riang terlompat
anak-anak petani
masih memburu haruan
setia dengan lumpur yang terpalit
setia di desa...
hanya itu sahaja yang ada
untuk dikerjakan..
untuk mencari wang tambahan
zaman batu kawi berdarahkan kaki
senduduk menghiasi tepian jalanan
saat itu aku..
masih mengalas beg dibahu
peluh mandi tak sudah
lenguh kaki biasa...
mengeluh panjang tak terbilang
akan episod malang
sentiasa berulang malam jua siang
lama mana episod itu akan
berakhir??
masa dahulu
masa yang perit
masa yang duit buat aku sakit
ayah duit???
emak duit???
kerut dahi saat dilontar pertanyaan
basikal tua itu ...
cukup menyedarkan aku
erti kepayahan
tentang kehidupan...
masa sebelum aku..
saat ini semua dah berlalu
segulung ijazah buat ku rebah
tak mampu ku capai
longlai terkapai emosi berkecai
indah impian cuma..
sekadar lakaran..
kian dimamah
usia....
mungkin rezeki
kehedak illahi
dan aku masih disini
masih setia menghintung hari
walau tanpa segulung ijazah
masih mampu tersenyum megah.