Friday, June 27, 2008

17 TAHUN SUDAH BERLALU


17 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama,pengkhabaran rakan-rakan dahulunya entah kemana,masing-masing membawa haluan,masing-masing punyai habuan,kata pepatah rezeki bertaburan diserata dunia,pun begitu sejak akhir-akhir ini penemuan demi penemuan sedikit sebanyak membuahkan hasil,syukur kepada yang maha esa kerana pencaturan perencanaan objektif "The Time Tunnel"menampakkan kesan yang positif.Rakan-rakan yang terpisah bertemu kembali walaupun bertentangan 2 biji mata nyatanya belum lagi, tapi cukup untuk mengetahui hal-hal dinihari.
Ada antaranya sudah dimaklumkan namun,mungkin agak sibuk dengan aktiviti harian ataupun hal-hal keluarga mereka belum berkesempatan untuk berintrektif di sini.
Menyingkap kembali zaman persekolahan terlalu indah susana,celik mata aja semuanya ditanggung oleh ayahanda dan bonda,namun kini semua itu sudah berlalu,dulu perkataan "adik" sering ditujukan kepada kita oleh abang-abang senior tapi kini "pak cik" emm...cepat sungguh masa berlalu,sesekali menyelak helaian rambut berdiri segak helaian putih yang kian mengambil tempat di ubun-ubun yang dahulunya "Remoih"macam Amy Search dan Awie ahahahaha ,eeemmm....35 tahun Vs 17 tahun 1990 terlalu jauh masa meninggalkan kita,gahnya ketika zaman remaja kini lenyap semuanya,yang ada cuma sisa-sisa kenangan silam yang indah terus melekat di minda.Ketika era ini tiada siapa pun antara kita peduli pasal harga minyak,tiada siapa peduli pasal barang naik,17 tahun cukup mendewasakan kita yang sebenarnya memang sudah cukup dewasa dan dah masak benar dengan pergolakan yang berlaku,back to year 1986-1990 tak banyak yang dapat diingati,memori 17 tahun sedikit sebanyak dah berkarat,nama-nama guru yang masih segar di ingatan seperti cikgu Omar,Mat Noor,cikgu Fauziah,Adnan Bashah,Ramijie,cikgu Chong,cikgu Ayub ( Baggie)cikgu Hashim,Azizah,arghhhh!!! dah blur nak ingat nama-nama mereka yang pernah menumpahkan keringat untuk mengajar aku dan rakan-rakan sekitar 86-90,eeemm..korang ingat tak lagi cikgu Sham adiknya cikgu aper ke namanya ntah lupa lagi.....issshhh kalau masuk "jangan lupa lirik sure dah awal-awal out" hehehehe....ahahaaha...cikgu Rahman...err betul ke....cikgu Azmi guru displin,beliau adalah anak jati panglima eemmm...lencana sekolah panglima pun beliau yang design...Ustaz Ishak,Ustaz Sulaiman,cikgu Idris,cikgu ......arghhh blur lagi maafkan lah anak murid anda ini yang kian hilang memori silamnya...bak papan sayung yang kian hari dimamah anai-anai.

Loving couple....hehehehe kekadang nak tergelak juga bila teringat cinta monyet yang mula berputik masa ni....lensa minda aku cuma menghintung beberapa loving couple,uda dan dara romeo dan juliet ahhhh..indahnya bila bercinta pahitnya bila cinta tak berbalas....kan?diari lampau tercatat antaranya Sani Giman vs Norshidah Hashim,Mat Rupiat vs Rosnah Mat Noor,Zaiton,dan aaargghh lupa lagi!!! dan couple dalam kelas aku yang hebatnya Odie ( Le Oo ) vs Zalifah Nor,aku pun antara yang cuba membabitkan dalam kancah percintaan namun tak kesampaian...mungkin ada hikmahnya segala yang berlaku,hehehehe..kesian konsentrasi hilang dan ditendang ke kelas bawah....adeh!! sadis sungguh...nasib badan...Menghitung detik-detik berlalu adakalanya sukar dimengertikan kerana perjuangan kita terbatas....Zaman kita boleh dikatakan era zaman kebangkitan Proton,berapa ramai cikgu kita yang dah mula guna kereta proton....pada masa itu...kalau tak silap aku cikgu firdaus dengan proton metalic dia PBQ hehehehe...betul ke?? serkap jarang aku....Bila aku menulis bab ini tak semena-mena aku teringatkan iklan Proton yang mana anak murid nakal yang bertindak mengotorkan kereta cikgunya.....yang berjaya dikemudian harinya,eeemmm...suratannya tak semua yang melalui saat-saat seperti itu,rezeki tiap kita sudah tertulis mungkin langit kehidupan aku tak secerah korang.