Saturday, May 10, 2008

Pengenalan Ham Radio

Lebih daripada 10 tahun aku berkecimpung dalam hobi ini,bermula daripada lesen B sehinggalah lesen kelas A,banyak faedah yang boleh diperolehi daripada hobi ini,antaranya kita dapat mengenali rakan di serata Malaysia daripada pelbagai profession,info trafik,dapat tunjuk arah semasa sesat atau mohon bantuan pertolongan dan berbagai lagi,satu slot mengenai ham radio telah disiarkan oleh majalah 3 suatu ketika dulu.Tidak hanya sekadar hobi,ham radio juga banyak membantu dalam urusan kemasyarakatan seperti bantuan komunikasi semasa darurat (Bencana Alam.
Oh ya! paling terkini yang sering diperkatakan ialah ham radio dapat berhubung dengan ISS (International Space Station)ingat tak sewaktu Syed Muzaffar berada di ISS dan sehingga kini ramai di antara rakan-rakan ham masih berhubung dengan stesen angkasa lepas walaupun Dr Syed Muzaffar dah kembali ke bumi.